KUMPULAN
4
NURUL IFFA FATINI BINTI MOHD ZAWAWI
(02DTM16F1092)
NOR IZLIN AINA BINTI ABDUL RAZAK
(02DTM16F1025)
NIMELESHSHWSRY A/P NADARAJANPILLAI
(02DTM16F1012)
SITI AMIRAH BINTI MANSOR
(02DTM16F1090)
NURUL NAJIHAH BINTI MANSOR
(02DTM16F1052)
NUR YUSRINA AIMY BINTI YUSOFF
(02DTM16F1132)HAK-HAK PERHIMPUNAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
(PERATURAN DAN
KESANNYA)
Seorang pakar antropologi, J.S. Furnival
(1948) menyatakan masyarakat majmuk adalah merujuk kepada masyarakat campuran
yang berbilang bangsa. Namun, campuran ini dalam erti kata yang sebenar,
bergaul tapi tidak bercantum. Setiap kaum mengamalkan agama, adat, kebudayaan,
bahasa, fahaman dan cara hidupnya yang tersendiri. J.S.Furnivall merupakan
orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya
di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri
daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam
yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik
yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam
kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal
ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas panduan
yang telah ditetapkan.
Dalam sebuah masyarakat sivil
yang demokratik, adalah amat penting untuk suara rakyat disampaikan ke
peringkat keputusan tertinggi negara ini. Rakyat perlu melibatkan diri dalam
pelaksanaan keputusan negara, sama ada secara langsung atau tidak, dan salah
satu caranya adalah dengan meluahkan pendapat masing-masing melalui perhimpunan
aman, serta bantahan ataupun cadangan. Melalui demonstrasi dan perhimpunan
rakyat, warga Malaysia dapat melalui satu proses meluahkan perasaan untuk
melepaskan rasa tidak puas hati terhadap keputusan-keputusan kerajaan yang
mewakili kuasa terbesar negara.
Berdasarkan fakta sejarah dan
perkembangan sosiopolitik, orang melayu dan orang Asli merupakan penduduk asal
bagi negara ini yang juga dikenali sebagai masyarakat peribumi atau bumiputera.
Petempatan orang melayu di Negara ini telah diakui sejak berpuluh-puluh ribu
tahun dahulu. Akibat perkembangan ketamadunan manusia, dunia melayu mula
dikunjungi dan menerima penghijrahan masyarakat asing. Hasilnya, terbentuklah
masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di Negara ini dari semasa ke
semasa.
Malaysia pada hari ini didiami
oleh pelbagai bangsa,kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian
kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan
adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh
perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur
politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini
coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika
itu didiami oleh orang Melayu Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum
lain, kini telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk.
PENGHARGAAN
Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh
kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan
tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh
penghargaan kepada
Encik Kamal Hisam Bin Abdul Halim.
Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (DUB 1012), di
atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak
membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami
secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.
Pelbagai ilmu yang dapat kami
rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.Sikap
kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan rakan teryata membuahkan hasil dengan
kejayaan kami menyiapkan tugasan yang di beri
ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era
globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya
bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di
muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu
pesat terbina. Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi
sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan
tugasan ini. Begitulah juga pembangunan dalam bidang
pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong
dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman.
PERATURAN PERHIMPUNAN
Antara kandungan utama dalam APA2012 ini
adalah kepada sesiapa yang mahu membuat perhimpunan aman di Malaysia. Antaranya
termasuklah:
1.
Kanak-kanak
yang berumur bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam
perhimpunan kecuali acara-acara yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri.
2.
Dilarang
berhimpun di dalam atau dalam lingkungan 50 meter daripada kawasan-kawasan
larangan seperti mana yang disenaraikan, termasuk hospital, sekolah dan tempat
ibadat.
3.
Protes
jalanan tidak dibenarkan sama sekali.
4.
Seksyen
8 membenarkan polis untuk mengambil sebarang langkah yang difikirkannya perlu
untuk memastikan perhimpunan teratur dan berjalan lancar.
5.
Seksyen
9(5) membenarkan pihak polis mendenda pihak penganjur sebanyak tidak melebihi
RM10,000 jika tiada notis awal diberikan;
6.
Seksyen
21(3) membenarkan pihak polis mendenda sesiapa yang telah ditahan sebanyak
tidak melebihi RM20,000;
7.
Seksyen
20(1)(c) membenarkan pihak polis menahan sesiapa yang membawa, atau merekrut
kanak- kanak untuk perhimpunan;
8.
Berumur
kurang daripada 21 tahun adalah tidak dibenarkan untuk menganjur perhimpunan.
9.
Notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan.
AKTA
Suatau akta yang berhubung dengan hak untuk
berhimpun secara aman dan tanpa senjata dan memperuntukkan sekatan-sekatan yang
tertentu perlu atau akta suai mamfaat yang berhubung dengan hak demi kepentingan
keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam,
termasuk perlindungan hak dan kebebesan orang lain dan untuk memperuntukkan
perkara-perkara yang berkaitan
Akta Perhimpunan Aman
2011 merujuk kepada 'Akta Perhimpunan Aman' yang diluluskan di Parlimen pada 24
November 2011 bagi mengawal perhimpunan awam di Malaysia. Rang Undang-Undang
itu dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun
Razak.
FASAL-FASAL
Perhimpunan boleh
diadakan secara aman dan mengikut akta yang dikeluarkan oleh kerajaan malaysia
sendiri. Terdapat beberapa fasal yang wajib dipatuhi oleh badan-badan tertentu
sebelum mengadakan perhimpunan. Berikut merupakan fasal yang wajib dipatuhi semasa
mengadakan perhimpunan :
1.
Fasal 8
: Seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu
untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.
2.
Fasal
9(1) : Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis
daripada 30 hari kepada sepuluh hari.
3.
Fasal
9(5) : Polis boleh mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000
sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.
4.
Fasal
12(1) : Memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan
berhubung perhimpunan tersebut – daripada daripada 48 jam kepada 24 jam.
5.
Fasal
12(2) : Tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas
notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan daripada lima hari kepada 24 jam.
6.
Fasal
14 : Tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga
dipendekkan daripada 12 hari kepada lima hari.
7.
Fasal
15 : Pemusatan kuasa serta budibicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan
dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai
8.
Fasal
16 : Memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan
untuk membuat rayuan kepada menteri.[3]
10.
Fasal
21 : Membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk
menyuraikan sesebuah perhimpunan
11.
Fasal
21(3) : Polis boleh mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda
sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.
12.
Tempat
larangan - tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal
pengangkutan, tadika dan juga sekolah - lingkungan 50 meter .
KESAN BAIK PERHIMPUNAN
Hikmah yang
baik disebalik perhimpunan rasmi ialah dapat memupuk perpaduan masyarakat
majmuk dengan mengadakan aktiviti bermanfaat yang melibatkan pelbagai kaum
mengambil bahagian.Selain itu,faedah yang dapat diperoleh daripada perhimpunan
rasmi ialah setiap individu dapat berkongsi idea-idea mereka untuk
memajukan negara dari aspek politik,ekonomi dan sosial dan membincangkan
cabaran yang dihadapi negara.
Akhir
sekali,dapat membentuk negara yang aman dan bersatupadu apabila mereka saling
hormat-menghormati dan memahami hak masing-masing.Dengan cara sebegini negara
kita berpontensi menarik minat pelabur-pelabur dari luar datang ke Malaysia
kerana mereka melihat negara kita bebas dari bencana alam dan kurang berlaku
rusuhan atau pergolakan kaum malahan dapat bertukar-tukar ilmu dalam bidang
tekologi.
Contoh Perhimpunan
Contoh terbaik
sebuah perhimpunan rakyat yang aman adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112
yang telah berlangsung di Stadium Merdeka. Dengan ketiadaan Pasukan Simpanan
Persekutuan atau Federal Reserve Unit kelihatan semasa perhimpunan tersebut,
segala aktiviti yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar. Pertama kali
dalam sejarah negara kita perhimpunan sebesar ini diadakan yang dihadiri oleh
rakyat dari seluruh negara. Pihak polis juga tidak menggunakan kekerasan semasa
menjalankan tugasnya, berbanding dengan yang telah dilakukan pada BERSIH 2.0
dan BERSIH 3.0. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk
demokrasi yang lebih telus.
KESAN BURUK PERHIMPUNAN
Perhimpunan
Haram Akan Beri Kesan Pada Perdagangan dan Pelaburan Malaysia.
Perhimpunan haram yang dijangka pada Sabtu ini akan memberi kesan (negatif) kepada perdagangan dan pelaburan Malaysia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.
Katanya perhimpunan
haram itu akan mewujudkan satu kesan negatif kepada pelaburan langsung asing
(FDI) yang meningkat secara signifikan, dari tahun ke tahun.
Mukhriz berkata
kestabilan politik adalah kriteria yang sangat penting di dalam usaha negara
ini untuk menarik FDI dan sehingga ini, Malaysia sangat berjaya di dalam usaha
itu.
“Banyak pelabur, yang
pada peringkat awalnya merancang melabur di negara jiran, telah mengalihkan
rancangan mereka untuk melabur di Malaysia selepas berlaku krisis politik di
negara yang disasarkan pada asalnya.
“Sekarang, jika kita
berhadapan krisis yang sama di sini, tanggapan para pelabur terhadap Malaysia
dan Asean, secara umumnya, akan menjadi negatif,” katanya kepada pemberita di
sini Selasa selepas satu majlis perkongsian pengetahuan dengan kira-kira 45
pelajar universiti yang ditawarkan melakukan latihan di seberang laut.
– BERNAMA
Perhimpunan haram
dikhuatiri cetus rusuhan kaum
KUCHING: Tindakan
Persatuan Anak Muda Sarawak untuk mengadakan Perhimpunan Haram di Padang
Merdeka, 31 Disember ini, mendapat kecaman dari Pemuda Parti Pesaka Bumiputera
Bersatu (PBB).
Ketua Pemuda PBB, Datuk Haji Fadillah Yusof berkata, perhimpunan
itu dikhuatiri akan mencetuskan pertelagahan antara kaum di Sarawak.
“Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh
mencetuskan suasana tidak tenteram, huru-hara dan menjejaskan keharmonian kaum
yang dinikmati rakyat pelbagai kaum selama ini.
“Tindakan pihak terbabit sama sekali bercanggah dengan
nilai-nilai budaya di Sarawak yang dihuni kira-kira 30 suku etnik yang selama
ini hidup aman dan harmoni,” tegasnya.
Malah, katanya, rakyat beragama Kristian baru sahaja menyambut
perayaan Krismas dalam suasana aman harmoni dengan budaya saling mengunjungi
tanpa mengira kaum dan anutan agama berdasarkan konsep 1Malaysia yang menjadi
nadi kekuatan perpaduan di Sarawak.
Menteri Kerja Raya itu menasihati rakyat di semua peringkat usia
supaya tidak terpengaruh dengan hasutan persatuan terbabit atau mana-mana pihak
berkepentingan yang mahu mencetuskan suasana huru-hara dan porak-peranda
menerusi perhimpunan sedemikian.
“Kita perlu sama-sama memelihara keharmonian kaum dan keamanan
di negara ini dengan menggunakan saluran yang betul untuk menyatakan rasa tidak
puas hati, bukannya bertindak melakukan perhimpunan yang kononnya aman tetapi
boleh bertukar menjadi insiden yang tidak diingini,” katanya.
Tambahnya, negara ini memiliki saluran demokrasi berparlimen dan
Dewan Undangan Negeri atau kepada kementerian untuk menyampaikan rasa tidak
puas hati atau apa jua masalah tanpa perlunya mencetuskan huru-hara.
“Saya menggesa semua pihak memelihara keamanan dan
keharmonian kaum dengan menghindarkan diri daripada terlibat dengan perhimpunan
sedemikian demi mengelakkan kejadian tidak diingini tercetus di negara yang
kita cintai ini,” ujarnya.
PBB akan memantau keadaan dan akan membuat laporan polis
sekiranya perlu.
Jika tidak, perkara itu mampu mengganggu keharmonian dan
kestabilan yang akan dikecapi menjelang ambang tahun baru nanti dengan insiden
yang tidak dijangka.
“Justeru, kita perlu sama-sama memfokuskan perhatian dalam usaha
untuk membangunkan negeri Sarawak demi kesejahteraan rakyat, bukan sebaliknya.
“Apa yang kita harapkan adalah sambutan kali ini diraikan secara
aman tanpa melibatkan perhimpunan jalanan yang diharapkan oleh pihak tertentu
untuk mengucar-kacirkan keadaan,” katanya.
Perhimpunan haram salah di sisi undang-undang.
Mari saya terangkan dalam perlembagaan persekutuan Malaysia,
Perkara 10,Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuh
Persatuan. bermaksud
Setiap warganegara
mempunyai hak untuk bebas bercakap bagi mengeluarkan buah fikiran, berhimpun
secara aman dan berhak menubuhkan persatuan.
Begitulah perkara yang
termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Kebebasan bercakap dihadkan
kepada kata-kata yang tidak menjadi fitnah, kata-kata yang tidak menjadim
hasutan, kata-kata yang tidak mencerca mahkamah atau yang melanggar hak
keutamaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Sesiapa yang
menyebut, menulis, mencetak, menjual atau menyiarkan perkataan-perkataan yang
mempunyai maksud hasutan dan menyoal perkara-perkara sensitif seperti seperti
hak keistimewaan orang Melayu dianggap sebagai melakukan kesalahan mengikut
undang- undang dan mereka boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda
sebanyak Rm5000.
Warganegara juga
berhak untuk berhimpun secara aman tanpa bersenjata. Sungguhpun
demikian, perhimpunan yang terdiri daripada 15 orang atau lebih adalah haram di
sisi undang-undang jika maksudnya adalah untuk menggunakan kekerasan jenayah
bagi menakutkan kerajaan atau pihak yang berkuasa. Di samping itu juga, isu-isu
sensitif tidak boleh dibangkitkan dalam perhimpunan dan pengucapan umum.
Selain itu, setiap
warganegara Persekutuan berhak menubuhkan persatuan dengan syarat persatuan
tersebut tidak mengugat kepentingan, keselamatan dan ketenteraman awam.
Sesebuah persatuan itu akan dibatalkan pendaftarannya sekiranya difikirkan
pertubuhan itu digunakan untuk maksud yang memudaratkan kepentingan keselamatan
Persekutuan dan keamanan awam.
Jelas dalam
Perlambagaan Persekutuan Malaysia Perkara 10, Tidak melarang rakyat untuk
mengadakan perhimpunan asalkan tidak mengganggu ketenteraman awam dan menggugat
keselamatan negara. Tetapi sekiranya perhimpunan yang terdiri dari 15 orang
atau lebih merupakan PERHIMPUNAN HARAM disisi undang-undang,apalagi kalau
perhimpunan tersebut bertujuan mengugat, kepentingan, keselamatan dan
ketenteraman awam.
saya percaya
perhimpunan HARAM yang akan diadakan nanti merupakan satu perhimpunan HARAM
yang akan menimbulkan kekacauan menganggu gugat keselamatan rakyat dan sekali
gus mengancam keselamatan negara.
Adalah tidak masuk
akal sekiranya mengumpul 300,000 ORANG semata-mata hanya untuk menyerahkan satu
memorandum.
walhal penyerahan ini
boleh dihantar sendiri melalui jalan atau melalui prosedur yang sah.
Saya melihat
perhimpunan Haram yag akan diadakan ini merupakan satu hasutan dan bukan
bercakap mengenai demokrasi. Inilah maksud sebenar tujuan perhimpunan HARAM ini
dilakukan dan sekaligus mahu melihat keadaan negara menjadi kacau bilau dan
menganggu gugat keselamatan rakyat, malah kesan yang paling teruk ialah ekonomi
negara turut terjejas dan Selain soal keselamatan,perhimpunan haram itu akan
memberi kesan kepada ekonomi negara yang kini pesat berkembang serta menjadi
perhatian pelabur asing untuk menanam modal.
selain dari itu
pendapatan peniaga dikawasan yang terlibat juga akan mengalami kerugian.Pada
,tahun 2007 adalah contoh terbaik di mana ramai peniaga menanggung kerugian
akibat perhimpunan yang sama.
Kebiasanya Pada bulan
julai merupakan kedatangan pelancong dari timur tengah paling ramai setiap
tahun dan jika perhimpunan berlaku ia boleh menakutkan para pelancong dan
sekaligus mengambarkan imej buruk kepad negara malaysia. Sedangkan malaysia
dikenali oleh dunia luar sebagai negara yang aman dan makmur tanpa
persengketaan.
Kalau mereka mengatakan
SPR tidak telus dan tidak bersih, Pembangkang telah pun menguasai 5 negeri dan
jikalau mereka mahu berkempen saya lihat di FB, twitter dan blog tidak pernah
sunyi dari menceritkan perihal politik untuk meraih sokongan rakyat walaupun
secara tidak jelas. walaupun pilihanraya umum ke 12 sudah berlalu hampir 3
tahun namun persada politik malaysia tidak pernah sunyi dari bercerita soal
politik dan saban hari kita dihidangkan dengan cerita2 politik yang tidak
pernah surut.
Bukankah itu juga
salah satu cara berkempen walaupun tidak jelas namun sedikit sebanyak dapat
mempengaruhi minda masyarakat diluar sana dan setakat ini saya sendiri tidak
pernah melihat atau mendengar pihak SPR melarang semua parti di malaysia
berhenti untuk bercerita soal politik.
Saya percaya rakyat malaysia semakin bijak untuk melihat dan
mentafsir sendiri apa maksud disebalik perhimpunan ini diadakan. Justeru itu
saya percaya rakyat malaysia yang mencintai keamanan dan kedamaian akan
mengutuk dan menolak sekeras-kerasnya perhimpunan ini.
Contoh Perhimpunan
Contoh terbaik sesebuah perhimpunan rakyat yang aman adalah Himpunan
Kebangkitan Rakyat KL112 yang telah berlangsung di Stadium Merdeka. Dengan
ketiadaan Pasukan Simpanan Persekutuan atau Federal Reserve Unit kelihatan semasa
perhimpunan tersebut, segala aktiviti yang dijalankan dapat berjalan dengan
lancar. Pertama kali dalam sejarah negara kita perhimpunan sebesar ini diadakan
yang dihadiri oleh rakyat dari seluruh negara. Pihak polis juga tidak
menggunakan kekerasan semasa menjalankan tugasnya, berbanding dengan yang telah
dilakukan pada BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 dan BERSIH 4.0. Ini menunjukkan bahawa
rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menghadapi demokrasi yang lebih telus.
LAMPIRAN
PERHIMPUNAN BERSIH
PERHIMPUNAN HARAM
KESIMPULAN
Hak
untuk berhimpun adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel
10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Hak tersebut membuka ruang untuk seorang warganegara
berhimpun secara aman, tanpa senjata. Hak berhimpun diiktiraf dalam
undang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia
Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan Politik (ICCPR).
Dalam sebuah masyarakat sivil yang
demokratik, adalah amat penting untuk suara rakyat disampaikan ke peringkat
keputusan tertinggi negara ini. Rakyat perlu melibatkan diri dalam pelaksanaan
keputusan negara, sama ada secara langsung atau tidak, dan salah satu caranya
adalah dengan meluahkan pendapat masing-masing melalui perhimpunan aman, serta
bantahan ataupun cadangan. Melalui demonstrasi dan perhimpunan rakyat, warga
Malaysia dapat melalui satu proses luah perasaan untuk melepaskan rasa tidak
puas hati terhadap keputusan-keputusan kerajaan yang mewakili kuasa terbesar
negara. Disebabkan kuasa yang bagaikan mutlak di dalam tangan kerajaan, maka
amat mudah untuk pihak kerajaan melanggar hak asasi seorang individu ketika
menjalankan urus tadbir negara. Himpunan rakyat adalah penting bagi rakyat
memastikan kerajaan boleh bertindak muhasabah dan melakukan penambahbaikan
dalam pentadbiran mereka setelah mendapat maklumbalas dalam bentuk bantahan
awam sebegini.
Himpunan
rakyat wujud sebagai satu landasan untuk pandangan rakyat didengari, sama ada
oleh pihak kerajaan mahupun di peringkat antarabangsa. Pandangan ini bukan
sahaja mewakili suara bilangan peserta di perhimpunan tersebut, tetapi juga
harapan mereka untuk melihat kehidupan yang lebih baik melalui desakan kepada
pihak tertentu untuk mengambil tindakan. Ia juga boleh dilihat sebagai suatu
kaedah ‘civil disobedience’, dimana desakan dibuat terhadap pihak kerajaan
supaya tuntutan rakyat dipenuhi. Di dalam sebuah negara yang mengamalkan
demokrasi, suara rakyat adalah amat penting, maka sebuah demokrasi tidak akan
sempurna tanpa protes ataupun perhimpunan rakyat, yang keduanya merupakan
elemen penting dalam pembinaan masyarakat sivil yang berasaskan Kedaulatan
Undang-Undang dan menghormati Keluhuran Perlembagaan.
Walaubagaimanapun, tiada hak yang mutlak yang wujud di dunia ini, dan
kawalan perlulah dilaksanakan untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam.
Artikel 10(2)(b) memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang
mengekang kebebasan berhimpun atas alasan keselamatan negara dan ketenteraman
awam. Di Malaysia, kita melihat Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai
undang-undang utama yang mengawal perhimpunan aman di negara ini. Kekangan
tersebut haruslah munasabah dan tidak menyekat kebebasan seseorang individu
sehingga haknya tidak dapat dipraktikkan langsung. Jikalau kita mengkaji Akta
Perhimpunan Aman tersebut, timbul juga beberapa seksyen yang tidak munasabah.
Protes jalanan ditetapkan sebagai haram, dan protes jalanan diberi maksud
perjumpaan di sesuatu tempat yang bergerak ke sesuatu tempat dalam kumpulan
yang besar untuk tujuan tertentu. Individu berumur kurang daripada 21 tahun
tidak dibenarkan berhimpun, dan ini bercanggahan dengan Artikel 15 Konvesyen
Mengenai Hak Kanak-Kanak, di mana kanak-kanak juga ada hak untuk berhimpun.
Notis 10 hari tentang perhimpunan juga perlu diberi kepada pihak polis untuk
himpunan di tempat yang bukan disediakan untuk himpunan. Pelanggaran syarat
boleh menyebabkan penganjur didenda. Notis tersebut bukanlah untuk meminta
kebenaran dari pihak polis untuk berhimpun, tapi tujuannya adalah untuk
memberitahu polis untuk mengawal traffik demi memastikan perhimpunan tersebut
berjalan dengan lancar.Pihak kerajaan haruslah menghormati Kedaulatan
Undang-Undang serta Keluhuran Perlembagaan, seperti mana yang terkandung dalam
Rukun Negara, dan tidak menggubal undang-undang yang tidak berasaskan semangat
kedaulatan undang-undang.
Dengan ini, kami
ingin menekankan bahawa himpunan rakyat tidak akan mengugat keamanan negara
sekiranya semua pihak memberikan kerjasama. Pihak polis perlu menjaga
ketenteraman awam supaya pihak yang ingin menimbulkan huru-hara dihalang dari
berbuat demikian. Penganjur pula perlu memastikan perjalanan aktiviti sepanjang
perhimpunan berjalan dengan lancar dan peserta mematuhi arahan pihak penganjur
dan pihak polis, serta berkelakuan baik semasa perhimpunan tersebut. Hak untuk
berhimpun secara aman perlulah disanjungi dan dihormati oleh semua pihak,
termasuklah pihak kerajaan.