Sunday 31 July 2016



KUMPULAN 4

NURUL IFFA FATINI BINTI MOHD ZAWAWI
(02DTM16F1092)
NOR IZLIN AINA BINTI ABDUL RAZAK
(02DTM16F1025)
NIMELESHSHWSRY A/P NADARAJANPILLAI
(02DTM16F1012)
SITI AMIRAH BINTI MANSOR
(02DTM16F1090)
NURUL NAJIHAH BINTI MANSOR
(02DTM16F1052)
NUR YUSRINA AIMY BINTI YUSOFF
(02DTM16F1132)


HAK-HAK PERHIMPUNAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

(PERATURAN DAN KESANNYA)



PENGENALAN


            Seorang pakar antropologi, J.S. Furnival (1948) menyatakan masyarakat majmuk adalah merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun, campuran ini dalam erti kata yang sebenar, bergaul tapi tidak bercantum. Setiap kaum mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya yang tersendiri. J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas panduan yang telah ditetapkan.

              Dalam sebuah masyarakat sivil yang demokratik, adalah amat penting untuk suara rakyat disampaikan ke peringkat keputusan tertinggi negara ini. Rakyat perlu melibatkan diri dalam pelaksanaan keputusan negara, sama ada secara langsung atau tidak, dan salah satu caranya adalah dengan meluahkan pendapat masing-masing melalui perhimpunan aman, serta bantahan ataupun cadangan. Melalui demonstrasi dan perhimpunan rakyat, warga Malaysia dapat melalui satu proses meluahkan perasaan untuk melepaskan rasa tidak puas hati terhadap keputusan-keputusan kerajaan yang mewakili kuasa terbesar negara.

               Berdasarkan fakta sejarah dan perkembangan sosiopolitik, orang melayu dan orang Asli merupakan penduduk asal bagi negara ini yang juga dikenali sebagai masyarakat peribumi atau bumiputera. Petempatan orang melayu di Negara ini telah diakui sejak berpuluh-puluh ribu tahun dahulu. Akibat perkembangan ketamadunan manusia, dunia melayu mula dikunjungi dan menerima penghijrahan masyarakat asing. Hasilnya, terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di Negara ini dari semasa ke semasa.
             
                Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa,kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain, kini telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk.


PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada
 Encik Kamal Hisam Bin Abdul Halim.
Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (DUB 1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang di beri ini. Sejajar dengan anjakan paradigma  dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina. Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.  Begitulah juga  pembangunan  dalam  bidang  pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman.



PERATURAN PERHIMPUNAN

Antara kandungan utama dalam APA2012 ini adalah kepada sesiapa yang mahu membuat perhimpunan aman di Malaysia. Antaranya termasuklah:
1.            Kanak-kanak yang berumur bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan kecuali acara-acara yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri.
2.            Dilarang berhimpun di dalam atau dalam lingkungan 50 meter daripada kawasan-kawasan larangan seperti mana yang disenaraikan, termasuk hospital, sekolah dan tempat ibadat.
3.            Protes jalanan tidak dibenarkan sama sekali.
4.            Seksyen 8 membenarkan polis untuk mengambil sebarang langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan teratur dan berjalan lancar.
5.            Seksyen 9(5) membenarkan pihak polis mendenda pihak penganjur sebanyak tidak melebihi RM10,000 jika tiada notis awal diberikan;
6.            Seksyen 21(3) membenarkan pihak polis mendenda sesiapa yang telah ditahan sebanyak tidak melebihi RM20,000;
7.            Seksyen 20(1)(c) membenarkan pihak polis menahan sesiapa yang membawa, atau merekrut kanak- kanak untuk perhimpunan;
8.            Berumur kurang daripada 21 tahun adalah tidak dibenarkan untuk menganjur perhimpunan.
9.            Notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan.


AKTA

Suatau akta yang berhubung dengan hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata dan memperuntukkan sekatan-sekatan yang tertentu perlu atau akta suai mamfaat yang berhubung dengan hak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebesan orang lain dan untuk memperuntukkan perkara-perkara yang berkaitan

   Akta Perhimpunan Aman 2011 merujuk kepada 'Akta Perhimpunan Aman' yang diluluskan di Parlimen pada 24 November 2011 bagi mengawal perhimpunan awam di Malaysia. Rang Undang-Undang itu dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. 



FASAL-FASAL
Perhimpunan boleh diadakan secara aman dan mengikut akta yang dikeluarkan oleh kerajaan malaysia sendiri. Terdapat beberapa fasal yang wajib dipatuhi oleh badan-badan tertentu sebelum mengadakan perhimpunan. Berikut merupakan fasal yang wajib dipatuhi semasa mengadakan perhimpunan :
1.            Fasal 8 : Seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.
2.            Fasal 9(1) : Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 hari kepada sepuluh hari.
3.            Fasal 9(5) : Polis boleh mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.
4.            Fasal 12(1) : Memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan tersebut – daripada daripada 48 jam kepada 24 jam.
5.            Fasal 12(2) : Tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan daripada lima hari kepada 24 jam.
6.            Fasal 14 : Tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan daripada 12 hari kepada lima hari.
7.            Fasal 15 : Pemusatan kuasa serta budibicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai
8.            Fasal 16 : Memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri.[3]
10.        Fasal 21 : Membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan
11.        Fasal 21(3) : Polis boleh mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.
12.        Tempat larangan - tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah - lingkungan 50 meter .




KESAN BAIK PERHIMPUNAN


            Hikmah yang baik disebalik perhimpunan rasmi ialah dapat memupuk perpaduan masyarakat majmuk dengan mengadakan aktiviti bermanfaat yang melibatkan pelbagai kaum mengambil bahagian.Selain itu,faedah yang dapat diperoleh daripada perhimpunan rasmi ialah setiap individu dapat berkongsi idea-idea mereka untuk  memajukan negara dari aspek politik,ekonomi dan sosial dan membincangkan cabaran yang dihadapi negara.

            Akhir sekali,dapat membentuk negara yang aman dan bersatupadu apabila mereka saling hormat-menghormati dan memahami hak masing-masing.Dengan cara sebegini negara kita berpontensi menarik minat pelabur-pelabur dari luar datang ke Malaysia kerana mereka melihat negara kita bebas dari bencana alam dan kurang berlaku rusuhan atau pergolakan kaum malahan dapat bertukar-tukar ilmu dalam bidang tekologi.

Contoh Perhimpunan
            Contoh terbaik sebuah perhimpunan rakyat yang aman adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 yang telah berlangsung di Stadium Merdeka. Dengan ketiadaan Pasukan Simpanan Persekutuan atau Federal Reserve Unit kelihatan semasa perhimpunan tersebut, segala aktiviti yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar. Pertama kali dalam sejarah negara kita perhimpunan sebesar ini diadakan yang dihadiri oleh rakyat dari seluruh negara. Pihak polis juga tidak menggunakan kekerasan semasa menjalankan tugasnya, berbanding dengan yang telah dilakukan pada BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk demokrasi yang lebih telus.



KESAN BURUK PERHIMPUNAN

Perhimpunan Haram Akan Beri Kesan Pada Perdagangan dan Pelaburan Malaysia.

Perhimpunan haram yang dijangka pada Sabtu ini akan memberi kesan (negatif) kepada perdagangan dan pelaburan Malaysia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.
Katanya perhimpunan haram itu akan mewujudkan satu kesan negatif kepada pelaburan langsung asing (FDI) yang meningkat secara signifikan, dari tahun ke tahun.
Mukhriz berkata kestabilan politik adalah kriteria yang sangat penting di dalam usaha negara ini untuk menarik FDI dan sehingga ini, Malaysia sangat berjaya di dalam usaha itu.
“Banyak pelabur, yang pada peringkat awalnya merancang melabur di negara jiran, telah mengalihkan rancangan mereka untuk melabur di Malaysia selepas berlaku krisis politik di negara yang disasarkan pada asalnya.
“Sekarang, jika kita berhadapan krisis yang sama di sini, tanggapan para pelabur terhadap Malaysia dan Asean, secara umumnya, akan menjadi negatif,” katanya kepada pemberita di sini Selasa selepas satu majlis perkongsian pengetahuan dengan kira-kira 45 pelajar universiti yang ditawarkan melakukan latihan di seberang laut.
– BERNAMA
Perhimpunan haram dikhuatiri cetus rusuhan kaum
KUCHING: Tindakan Persatuan Anak Muda Sarawak untuk mengadakan Perhimpunan Haram di Padang Merdeka, 31 Disember ini, mendapat kecaman dari Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Ketua Pemuda PBB, Datuk Haji Fadillah Yusof berkata, perhimpunan itu dikhuatiri akan mencetuskan pertelagahan antara kaum di Sarawak.
“Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh mencetuskan suasana tidak tenteram, huru-hara dan menjejaskan keharmonian kaum yang dinikmati rakyat pelbagai kaum selama ini.
“Tindakan pihak terbabit sama sekali bercanggah dengan nilai-nilai budaya di Sarawak yang dihuni kira-kira 30 suku etnik yang selama ini hidup aman dan harmoni,” tegasnya.
Malah, katanya, rakyat beragama Kristian baru sahaja menyambut perayaan Krismas dalam suasana aman harmoni dengan budaya saling mengunjungi tanpa mengira kaum dan anutan agama berdasarkan konsep 1Malaysia yang menjadi nadi kekuatan perpaduan di Sarawak.
Menteri Kerja Raya itu menasihati rakyat di semua peringkat usia supaya tidak terpengaruh dengan hasutan persatuan terbabit atau mana-mana pihak berkepentingan yang mahu mencetuskan suasana huru-hara dan porak-peranda menerusi perhimpunan sedemikian.
“Kita perlu sama-sama memelihara keharmonian kaum dan keamanan di negara ini dengan menggunakan saluran yang betul untuk menyatakan rasa tidak puas hati, bukannya bertindak melakukan perhimpunan yang kononnya aman tetapi boleh bertukar menjadi insiden yang tidak diingini,” katanya.
Tambahnya, negara ini memiliki saluran demokrasi berparlimen dan Dewan Undangan Negeri atau kepada kementerian untuk menyampaikan rasa tidak puas hati atau apa jua masalah tanpa perlunya mencetuskan huru-hara.
“Saya menggesa semua pihak memelihara keamanan  dan keharmonian kaum dengan menghindarkan diri daripada terlibat dengan perhimpunan sedemikian demi mengelakkan kejadian tidak diingini tercetus di negara yang kita cintai ini,” ujarnya.
PBB akan memantau keadaan dan akan membuat laporan polis sekiranya perlu.
Jika tidak, perkara itu mampu mengganggu keharmonian dan kestabilan yang akan dikecapi menjelang ambang tahun baru nanti dengan insiden yang tidak dijangka.
“Justeru, kita perlu sama-sama memfokuskan perhatian dalam usaha untuk membangunkan negeri Sarawak demi kesejahteraan rakyat, bukan sebaliknya.
“Apa yang kita harapkan adalah sambutan kali ini diraikan secara aman tanpa melibatkan perhimpunan jalanan yang diharapkan oleh pihak tertentu untuk mengucar-kacirkan keadaan,” katanya.

Perhimpunan haram salah di sisi undang-undang.
Mari saya terangkan dalam perlembagaan persekutuan Malaysia, Perkara 10,Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuh Persatuan. bermaksud 

Setiap warganegara mempunyai hak untuk bebas bercakap bagi mengeluarkan buah fikiran, berhimpun secara aman dan berhak menubuhkan persatuan. 

Begitulah perkara yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Kebebasan bercakap dihadkan kepada kata-kata yang tidak menjadi fitnah, kata-kata yang tidak menjadim hasutan, kata-kata yang tidak mencerca mahkamah atau yang melanggar hak keutamaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

 Sesiapa yang menyebut, menulis, mencetak, menjual atau menyiarkan perkataan-perkataan yang mempunyai maksud hasutan dan menyoal perkara-perkara sensitif seperti seperti hak keistimewaan orang Melayu dianggap sebagai melakukan kesalahan mengikut undang- undang dan mereka boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda sebanyak Rm5000. 

Warganegara juga berhak untuk berhimpun secara aman tanpa bersenjata. Sungguhpun demikian, perhimpunan yang terdiri daripada 15 orang atau lebih adalah haram di sisi undang-undang jika maksudnya adalah untuk menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan kerajaan atau pihak yang berkuasa. Di samping itu juga, isu-isu sensitif tidak boleh dibangkitkan dalam perhimpunan dan pengucapan umum. 

Selain itu, setiap warganegara Persekutuan berhak menubuhkan persatuan dengan syarat persatuan tersebut tidak mengugat kepentingan, keselamatan dan ketenteraman awam. Sesebuah persatuan itu akan dibatalkan pendaftarannya sekiranya difikirkan pertubuhan itu digunakan untuk maksud yang memudaratkan kepentingan keselamatan Persekutuan dan keamanan awam. 


Jelas dalam Perlambagaan Persekutuan Malaysia Perkara 10, Tidak melarang rakyat untuk mengadakan perhimpunan asalkan tidak mengganggu ketenteraman awam dan menggugat keselamatan negara. Tetapi sekiranya perhimpunan yang terdiri dari 15 orang atau lebih merupakan PERHIMPUNAN HARAM disisi undang-undang,apalagi kalau perhimpunan tersebut bertujuan mengugat, kepentingan, keselamatan dan ketenteraman awam. 

saya percaya perhimpunan HARAM yang akan diadakan nanti merupakan satu perhimpunan HARAM yang akan menimbulkan kekacauan menganggu gugat keselamatan rakyat dan sekali gus mengancam keselamatan negara.
Adalah tidak masuk akal sekiranya mengumpul 300,000 ORANG semata-mata hanya untuk menyerahkan satu memorandum. 

walhal penyerahan ini boleh dihantar sendiri melalui jalan atau melalui prosedur yang sah. 
Saya melihat perhimpunan Haram yag akan diadakan ini merupakan satu hasutan dan bukan bercakap mengenai demokrasi. Inilah maksud sebenar tujuan perhimpunan HARAM ini dilakukan dan sekaligus mahu melihat keadaan negara menjadi kacau bilau dan menganggu gugat keselamatan rakyat, malah kesan yang paling teruk ialah ekonomi negara turut terjejas dan Selain soal keselamatan,perhimpunan haram itu akan memberi kesan kepada ekonomi negara yang kini pesat berkembang serta menjadi perhatian pelabur asing untuk menanam modal.

selain dari itu pendapatan peniaga dikawasan yang terlibat juga akan mengalami kerugian.Pada ,tahun 2007 adalah contoh terbaik di mana ramai peniaga menanggung kerugian akibat perhimpunan yang sama. 
Kebiasanya Pada bulan julai merupakan kedatangan pelancong dari timur tengah paling ramai setiap tahun dan jika perhimpunan berlaku ia boleh menakutkan para pelancong dan sekaligus mengambarkan imej buruk kepad negara malaysia. Sedangkan malaysia dikenali oleh dunia luar sebagai negara yang aman dan makmur tanpa persengketaan. 

Kalau mereka mengatakan SPR tidak telus dan tidak bersih, Pembangkang telah pun menguasai 5 negeri dan jikalau mereka mahu berkempen saya lihat di FB, twitter dan blog tidak pernah sunyi dari menceritkan perihal politik untuk meraih sokongan rakyat walaupun secara tidak jelas. walaupun pilihanraya umum ke 12 sudah berlalu hampir 3 tahun namun persada politik malaysia tidak pernah sunyi dari bercerita soal politik dan saban hari kita dihidangkan dengan cerita2 politik yang tidak pernah surut. 

Bukankah itu juga salah satu cara berkempen walaupun tidak jelas namun sedikit sebanyak dapat mempengaruhi minda masyarakat diluar sana dan setakat ini saya sendiri tidak pernah melihat atau mendengar pihak SPR melarang semua parti di malaysia berhenti untuk bercerita soal politik. 
Saya percaya rakyat malaysia semakin bijak untuk melihat dan mentafsir sendiri apa maksud disebalik perhimpunan ini diadakan. Justeru itu saya percaya rakyat malaysia yang mencintai keamanan dan kedamaian akan mengutuk dan menolak sekeras-kerasnya perhimpunan ini.

Contoh Perhimpunan    

        Contoh terbaik sesebuah perhimpunan rakyat yang aman adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 yang telah berlangsung di Stadium Merdeka. Dengan ketiadaan Pasukan Simpanan Persekutuan atau Federal Reserve Unit kelihatan semasa perhimpunan tersebut, segala aktiviti yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar. Pertama kali dalam sejarah negara kita perhimpunan sebesar ini diadakan yang dihadiri oleh rakyat dari seluruh negara. Pihak polis juga tidak menggunakan kekerasan semasa menjalankan tugasnya, berbanding dengan yang telah dilakukan pada BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 dan BERSIH 4.0. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menghadapi demokrasi yang lebih telus.

LAMPIRAN



PERHIMPUNAN BERSIH









PERHIMPUNAN HARAM
















KESIMPULAN

                    Hak untuk berhimpun adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Hak tersebut membuka ruang untuk seorang warganegara berhimpun secara aman, tanpa senjata. Hak berhimpun diiktiraf dalam undang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan Politik (ICCPR).

                    Dalam sebuah masyarakat sivil yang demokratik, adalah amat penting untuk suara rakyat disampaikan ke peringkat keputusan tertinggi negara ini. Rakyat perlu melibatkan diri dalam pelaksanaan keputusan negara, sama ada secara langsung atau tidak, dan salah satu caranya adalah dengan meluahkan pendapat masing-masing melalui perhimpunan aman, serta bantahan ataupun cadangan. Melalui demonstrasi dan perhimpunan rakyat, warga Malaysia dapat melalui satu proses luah perasaan untuk melepaskan rasa tidak puas hati terhadap keputusan-keputusan kerajaan yang mewakili kuasa terbesar negara. Disebabkan kuasa yang bagaikan mutlak di dalam tangan kerajaan, maka amat mudah untuk pihak kerajaan melanggar hak asasi seorang individu ketika menjalankan urus tadbir negara. Himpunan rakyat adalah penting bagi rakyat memastikan kerajaan boleh bertindak muhasabah dan melakukan penambahbaikan dalam pentadbiran mereka setelah mendapat maklumbalas dalam bentuk bantahan awam sebegini.

                     Himpunan rakyat wujud sebagai satu landasan untuk pandangan rakyat didengari, sama ada oleh pihak kerajaan mahupun di peringkat antarabangsa. Pandangan ini bukan sahaja mewakili suara bilangan peserta di perhimpunan tersebut, tetapi juga harapan mereka untuk melihat kehidupan yang lebih baik melalui desakan kepada pihak tertentu untuk mengambil tindakan. Ia juga boleh dilihat sebagai suatu kaedah ‘civil disobedience’, dimana desakan dibuat terhadap pihak kerajaan supaya tuntutan rakyat dipenuhi. Di dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, suara rakyat adalah amat penting, maka sebuah demokrasi tidak akan sempurna tanpa protes ataupun perhimpunan rakyat, yang keduanya merupakan elemen penting dalam pembinaan masyarakat sivil yang berasaskan Kedaulatan Undang-Undang dan menghormati Keluhuran Perlembagaan.

                       Walaubagaimanapun, tiada hak yang mutlak yang wujud di dunia ini, dan kawalan perlulah dilaksanakan untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam. Artikel 10(2)(b) memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang mengekang kebebasan berhimpun atas alasan keselamatan negara dan ketenteraman awam. Di Malaysia, kita melihat Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai undang-undang utama yang mengawal perhimpunan aman di negara ini. Kekangan tersebut haruslah munasabah dan tidak menyekat kebebasan seseorang individu sehingga haknya tidak dapat dipraktikkan langsung. Jikalau kita mengkaji Akta Perhimpunan Aman tersebut, timbul juga beberapa seksyen yang tidak munasabah. Protes jalanan ditetapkan sebagai haram, dan protes jalanan diberi maksud perjumpaan di sesuatu tempat yang bergerak ke sesuatu tempat dalam kumpulan yang besar untuk tujuan tertentu. Individu berumur kurang daripada 21 tahun tidak dibenarkan berhimpun, dan ini bercanggahan dengan Artikel 15 Konvesyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, di mana kanak-kanak juga ada hak untuk berhimpun. Notis 10 hari tentang perhimpunan juga perlu diberi kepada pihak polis untuk himpunan di tempat yang bukan disediakan untuk himpunan. Pelanggaran syarat boleh menyebabkan penganjur didenda. Notis tersebut bukanlah untuk meminta kebenaran dari pihak polis untuk berhimpun, tapi tujuannya adalah untuk memberitahu polis untuk mengawal traffik demi memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar.Pihak kerajaan haruslah menghormati Kedaulatan Undang-Undang serta Keluhuran Perlembagaan, seperti mana yang terkandung dalam Rukun Negara, dan tidak menggubal undang-undang yang tidak berasaskan semangat kedaulatan undang-undang.


                               Dengan ini, kami ingin menekankan bahawa himpunan rakyat tidak akan mengugat keamanan negara sekiranya semua pihak memberikan kerjasama. Pihak polis perlu menjaga ketenteraman awam supaya pihak yang ingin menimbulkan huru-hara dihalang dari berbuat demikian. Penganjur pula perlu memastikan perjalanan aktiviti sepanjang perhimpunan berjalan dengan lancar dan peserta mematuhi arahan pihak penganjur dan pihak polis, serta berkelakuan baik semasa perhimpunan tersebut. Hak untuk berhimpun secara aman perlulah disanjungi dan dihormati oleh semua pihak, termasuklah pihak kerajaan.